Saturday, November 21, 2009

antara CSI & Wonder Pets

sememangnya saya sangat meminati rancangan bersiri CSI. menariknya dalam rancangan ini adalah kerana 1. ketinggian ilmu forensik yang dipaparkan dalam mengupas kes2 jenayah, 2. kecanggihan alat-alat teknologi terkini yang digunakan 3. kepandaian pengrah mahupun penulis skrip merancang jalan cerita yang menarik dan kreatif. daripada rancangan ini juga saya mengenalpasti suatu nilai yang masih sgt sukar dipraktikkan oleh kita iaitu KERJASAMA dan BERSATU HATI.di dalam CSI setiap watak punya peranan yang tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu kes. tidak kira pakar kimia, pakar balistik, pakar ict, koroner, masing-masing sangat komited mengkaji bahan bukti dan tempat kejadian dengan cepat dan setepat mungkin. matlamat mereka hanya untuk mengetengahkann keadilan dan mensabitkan yang bersalah tidak akan terlepas begitu sahaja. jadi konsep kerjasama amat penting untuk menyelesaikan sesuatu kes. jika salah seorang mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan pastinya kes akan menjadi cacat dan keraguan akan timbul pada pihak lain terhadap kredibiliti crime lab tersebut sehingga membolehkan pihak lain mengeksploitasi menutup jejak jenayah mereka. bagi mereka ini adalah perkara yang sangat besar.

KONSEP LEPAS TANGAN
sambil menolak sisi realiti rancangan ini, saya berpendapat apa yang biasa berlaku ditempat kerja kita tidak begitu. biasanya sebarang kerja yang diberi hanya dalam tanggungjawab kita sendiri tanpa orang lain ambil tahu proses menyiapkannya. sebarang kerja diserahkan bulat-bulat dengan hanya segelintir pihak atasan mampu memberi tunjuk ajar. semuanya perlu inisiatif sendiri. contoh laporan pun sukar diberi. carilah sendiri, yang penting kerja itu siap tidak kira walau macam manapun cara yang kita guna. alasannya mudah "nak suruh awak timba pengalaman...".saya namakan ia 'konsep lepas tangan'. mudah tapi menimbulkan marah. sekiranya konsep ini diguna pakai sehingga menjadi tradisi turun temurun, jangan pula pandai mengomel apabila prestasi jabatan, institusi atau tempat kerja kita asyik menurun sahaja. jangan pula memaki hamun 'semut-semut merah' yang tidak menyempurnakan tugasan yang diberi.sedangkan kita sendiri sebelumnya tidak pernah mengambil berat tentang tugasan yang dilemparkan kepada mereka. budaya kerja yang tidak sihat sebegini berat natijahnya. maka timbullah perasaan tidak puas hati, pergaduhan, jauh hati, tidak ikhlas, kutuk-mengutuk, gap antara jabatan, kroni dan sebagainya yang menjurus kepada pecah belah. tidak dinafikan pekerja bawahan juga perlu berinisiatif dan proaktif malah cuba membantu pihak atasan untuk meningkatkan kualiti kerja seterusnya menaikkan nama jabatan.perlu adanya give and take bukannya take away o go away...

Apa kaitannya dengan Wonder Pets?
Ia punya nilai yang sama seperti CSI. Tema lagu wonder pets memang sangat sedap bila dinyanyikan sehingga kanak-kanak yang berumur 2 tahun pun tahu melagukannya. malah tidak ketinggalan orang dewasa juga sibuk menjadikannya ringtone, namun tidak ramai yang mempraktikkan mesej yang dibawa oleh rancangan kanak-kanak ini. usahlah kita berlagak seperti burung kakak tua atau ketam, usahlah terlalu mementingkan diri sendiri, buanglah tabiat 'raging', dan anggaplah pekerjaan itu amanah dari Tuhan.



kupohonkan setinggi kemaafan kerana diri ini masih kerdil dari pengalaman.

MURAH disebalik yang MAHAL?

arggh sakitnya minda menonton iklan2 perfume berjenama di kaca televisyen...apa yang tidak saya setujui umpan keuntungan penyiaran iklan perfume tersebut adalah supaya dengan memakainya dapatlah si pemakai menarik perhatian spesis berlaian malah mengghairahkan.perlukah membelinya untuk dikatakan diri ada class menggunakan barang2 yang mahal sedangkan tujuannya untuk menjadikan diri murahan.sungguh ironi. bagi saya ini merupakan perang psikologi. menuntut kita melawan hawa nafsu yang pelbagai keinginan. yang penting kita tidak perlu menjadi 'umpan'.

Wednesday, October 21, 2009

...cuba berlapang dada...

Kadang-kadang kita terlalu mementingkan diri atau terlalu taksub dengan diri sendiri. Kita merasakan orang lain disekeliling seperti ibu-bapa, adik-beradik, rakan-rakan tidak dapat memuaskan hati kita. Biar apapun jua yang mereka lakukan untuk kita tetap masih tidak dapat memenuhi kehendak hati kita. Kita menjadi orang yang cepat kecil hati seraya bertindak menjauhkan diri dari orang lain ataupun anti sosial. Contohnya, apabila kita sedang menghadapi masalah, kita merasakan kitalah manusia yang mempunyai masalah terbesar, kita mengadu sana sini tetapi kita tidak cuba membuka pintu hati menerima pertolongan dan pandangan orang lain sehingga kita kadang-kadang mensia-siakan pertolongan ikhlas dari insan yang benar-benar ikhlas untuk membantu. Kita juga asyik memikirkan masalah sehingga tidak terfikirkan jalan penyelesaiannya. Kita juga sukar untuk berlapang dada menerima ujian Allah menerusi masalah itu. Akhirnya kita merasa tersisih dan beranggapan orang lain tidak mengendahkan kita. Kita juga terlupa bahawa orang lain juga insan biasa, yang juga punya masalah hidup untuk diKONGSI bersama kita, namun dek kerana sikap kita yang hanya memikirkan tentang diri sendiri menyebabkan kita tidak terpandangkan masalah orang lain. Tanpa disedari kita MEMBENTENGI MINDA SENDIRI malahan kita sukar untuk berKONGSI, walhal melaui perkongsian kita dapat merefleksi diri, kita boleh menemui pelbagai ragam hidup manusia yang boleh dijadikan teladan. Usah memandang remeh masalah orang lain yang pada hemat mereka masalah tetap masalah tidak kira kecil atau besar ia perlu diselesaikan tapi kita pula hanya menganggap masalah mereka kecil dan kita jua punya masalah lebih besar. Kesan secara langsung daripada perbuatan kita, orang lain akan mudah putus asa dengan kita, bantuan yang dihulurkan pada mulanya ikhlas menjadi tidak ikhlas kerana dilakukan demi mencapai kepuasan dan kehendak hati kita sahaja, jika mereka masih setia berdamping dengan kita, perhatikan, mereka hanyalah pendengar setia tetapi mampukah kita menjadi pendengar setia sepertinya? Jadi, cuba perhatikan diri kita, tanya pada diri sendiri pernahkah kita cuba memahami orang lain supaya orang lain memahami kita seadanya? Pernahkah kita memberi ruang kepada orang lain menyatakan masalah mereka kepada kita, bukankah mereka selalu berbuat begitu kepada kita? Pernahkah kita cuba mengambil berat hal orang lain seberat hal kita? Maksud saya di sini tidak perlu sampai menjaga tepi kain orang. Adakah kita payah menghulurkan bantuan sedangkan mereka tidak pernah berkira mahu membantu kita? Siapa yang selalu memberi, kita atau mereka?Maka hindarilah perasaan MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ATAU ASYIK MEMIKIRKAN HAL SENDIRI, jernihkanlah hati kita dan lembutkannya dengan sentiasa mengingati Tuhan.

Tuesday, October 13, 2009

Meramal masa hadapan?

tidak mungkin kita manusia biasa dapat meramal masa hadapan. namun tanpa kita sedari Allah telah menyediakan pelbagai clue untuk kita menghadapi masa hadapan.
kbelakangan ini saya asyik terfikir, pelbagai masalah yang berada dihadapan mata sama ada masalah sendiri atau masalah orang lain yang berada di sisi mungkin merupakan clue-clue penting bagi diri ini untuk persediaan di masa hadapan. timbul dibenak saya sekiranya Allah mengurniakan ujian sedemikian rupa yang dialami oleh orang lain mampukah saya mengalaminya sendiri?itulah rasionalnya ujian. ujian dan dugaan dapat mendewasakan manusia, itupun terpulang pada kita samaada mahu melihatnya dari sudut yang positif ataupun negatif. mungkin pada waktu sekarang apabila melihat orang lain dalam kesusahan kita tidak terfikir bahawa tidak mustahil kita juga boleh mengalami perkara yang sama pada masa hadapan. namun jika kita cuba melihat dengan lebih mendalam setiap masalah yang hadir dalam hidup ini mahupun hidup orang lain,kita mampu menyediakan perisai di masa hadapan. jadi tak perlulah kita susah2 menilik nasib diri kerana bimbangkan 'malang yang tidak berbau',sesungguhnya kita punya mekanisma semulajadi untuk menghadapinya. jadikan masalah sebagai tarbiyah dan jangan sesekali lari daripadanya!

Saturday, September 12, 2009

"ABANG DOE"

“Jarum panjang tunjuk pukul berapa?” jerit abang Doe dari pintu reban ayamnya. Kedengaran suara kanak-kanak menjawab pertanyaannya “lima ayah!”. “Jarum pendek?” laung abang Doe lagi. “dua ayah!”jawab kanak-kanak berusia enam tahun itu dengan patuh. “jadi pukul berapa tu?” abang Doe menguji kefahaman anaknya. “emm….dua dua puluh lima”jawab anak lelakinya sambil menulis sesuatu pada buku sekolahnya. “bagus! Pandai anak ayah.” Abang Doe memuji anaknya.Alkisahhnya abang Doe adalah jiran saya dikampung. Abang Doe mempunyai kisah hidup yang unik pada hemat saya. Kadangkala timbul rasa benci padanya dan kadangkala timbul rasa kagum padanya. abang Doe berusia kira-kira tiga puluh tahun. Abang Doe sudah berkahwin dan punya dua anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya kini dibawah jagaan isterinya yang sudah sekian lama tidak kelihatan dirumah abang Doe. Daripada cerita orang kampung kabarnya abang Doe telah bercerai namun itu tidak lah saya pasti kesahihannya. Abang Doe juga kehilangan ibunya kira-kira dua bulan lepas manakala ayahnya kini menetap bersama kakaknya di Kuala Lumpur. Abang Doe bukanlah anak yang boleh dibanggakan oleh kedua ibu bapanya. Belajar tidak tinggi malah mempunyai rekod polis. Kasihan sungguh pada anak-anaknya. Agak lama juga abang Doe menganggur selepas dia dibuang kerja kerana didapati ketagihan benda haram. Dia juga kerap kali disumbat ke lokap dan pusat serenti. Timbul dibenak saya mengapalah seseorang sanggup menggadai hidup hanya untuk menjamah benda haram sedangkan anak bini dirumah tidak menjamah makanan sepatah haram. Ada juga soksek soksek orang kampung mengatakan abang Doe suka mencuri dan macam-macam lagi berita buruk yang sering disensasikan seperti rancangan Melodi. Terpengaruh dengan berita-berita sebegitu emak selalu berpesan supaya tidak berleka-leka dirumah. Pintu rumah pasti sentiasa dikunci dan kami sentiasa memerhatikan gerak-geri abang Doe. Lupakah manusia pada tanggungjawabnya? Ya manusia itu seringkali terlupa pada Tuhan manusia.

PERUBAHAN
“A, B, C, D, E, F, G………..” abang Doe mengajar anaknya mengenal huruf-huruf sambil bernyanyi kecil. Kedengaran tulus dan ikhlas sekali dari hati seorang bapa. Saya mendengarnya dengan hati yang senang dan tersenyum. “prihatin juga abang Doe ni dengan keperluan anaknya” bisik hati saya walau seringkali juga mendengar herdikannya pada anaknya. Namun tidak pernah pula melihat abang Doe memukul anaknya. Abah pernah berkata, abang Doe sangat menyayangi anak-anaknya itulah sebab dia tidak pernah memukul walau mencubit anaknya. Paling teruk pun dia hanya mengherdik ketika memarahi anaknya. Anaknya kini telah ke tadika. Ini bermakna keperluan hidup mereka semakin bertambah. Abang Doe juga telah mula bekerja. Mungkin ekoran daripada peristiwa-peristiwa yang menyayat dan menyiat hati abang Doe telah menunjukkan perubahan untuk lebih mengenali tanggungjawabnya. Walau pada dirinya terdapat tabiat buruk yang sukar dikikis namun terselit peribadi muslim yang baik. Abang Doe sangat baik hati pada jiran-jiran yang baik hati padanya. Sepeninggalan di rumah pusaka ibu-bapanya itu terdapat berbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Abang Doe sering menyampaikan pesan dari ayahnya kepada jiran-jiran lain supaya tidak segan-segan untuk memetik buah-buahan atau sayuran itu sekiranya diperlukan. Abang Doe sangat rajin memotong rumput dan menyapu daun-daun kering sekitar rumah pusaka itu. Natijahnya kawasan rumahnya sentiasa kelihatan bersih dan terbela. Naluri manusia tidak mampu kita sangkal. Perihalnya walau emak selalu melahirkan perasaan tidak enak terhadap perilaku abang Doe, namun emak tidak dapat menyembunyikan perasaan simpatinya terhadap anak abang Doe yang masih pucuk itu. Emak selalu bertanya makankah anak abang Doe, ke sekolahkah dia, siapalah yang mengurus pakai minumnya? Ekoran daripada perasaan simpatinya emak selalu menjenguk dan mengirim makanan kepada abang Doe dan anaknya..

DOA
Apa yang mampu dilakukan saya cuba mempositifkan minda agar abang Doe terus berubah dan meninggalkan tabiat buruknya. Kalau bukan abang Doe, siapa lagi yang dapat membela keluarganya. Sebagai jiran saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan anak-anaknya. Jika batu boleh berubah masakan manusia tidak boleh. Ya, memang benar manusia itu kadangkala lupa namun Allah jua yang akan membuka hatinya agar terus mencintai kebaikan. CINTAILAH KEBAIKAN, carilah ia walau di mana jua.

Monday, August 31, 2009

Jakarta Itu Dekat....

Jakarta itu dekat..
“assalamualaikum,helo..helo…ko dengar tak?”
“waalaikumussalam dengar..dengar”jawabku
“ape bising-bising tu? Ko kat mane?”soalku kepada Liana
“hee…aku dah beli cd opick yg ko nak, aku belikan sekali cd terbaru dia promo untuk ramadhan yek” jawab liana. Ahh gembiranya bukan kepalang apabila perkara yg dihajati tercapai!
Itulah Liana sahabat sehati sejiwa. Walaupun berada jauh dinegara seberang, namun di hati tetap dekat. Nikmatnya persahabatan apabila ia terjalin antara hati yang sama-sama menerima dengan lapang dada kelemahan dan kebaikan insan lain. Bersahabat dengannya sudah menjangkau lebih sepuluh tahun.suka duka kehidupan sentiasa dikongsikan. Air mata dan gelak tawa menjadi hiasan persahabatan kami. Dalam erti kata lain kami sedia BERKONGSI pahit dan manis. Cukup sempurna dari sisi insan yang lemah.

Maafkanlah…
Dek kerana kesibukan hidup dengan kerja yang menimbun saya hampir tidak ambil tahu apa yang berlaku disekeliling. Satu daripadannya tentang pengeboman hotel JW Mariott di Jakarta. Bukan tidak melihat berita mahupun suratkhabar, tapi apa yg dibaca dan didengar seperti masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri. Yang paling dikesali, tidak pula terlintas di hati untuk bertanya khabar Liana di sana. Teringat pula banjir besar yang berlaku di Jakarta pada tahun lepas. Apa yang berlaku kami terputus hubungan selama lebih seminggu. Teringat lagi sms cemasnya ketika terperangkap dalam teksi yang xboleh bergerak berjam-jam lamanya dek banjir yang semakin teruk. Macam-macam berlegar di kepala ketika itu. Tidak mampu berbuat apa-apa. Jerih payah diperantauan hanya empunya diri yang menanggung. Tiada ibu, ayah, adik-beradik mahupun saudara mara yg dpt menolong. Hanya ada rakan-rakan yang berkongsi ketakutan dan kekuatan. Namun saya kagum dengannya kerana tabah menghadapi saat-saat sukar dalam hidup dinegara asing.


Hati yang mendengar..
Kami serasi bersama. Apa yang paling menyenangkan ialah apabila mempunyai sahabat yang mampu menjadi pendengar yang baik. Tidak semua orang mampu menjadi pendengar yang baik. Bagi saya mendengar biarlah dengan hati. Mendengar dengan hati itu penting bagi membolehkan seseorang memahami situasi yang disampaikan. Apabila mendengar dengan hati kita akan cuba berfikir, mencerna isi-isi penting, mengkoreksi diri, serta melahirkan pendapat serealistik mungkin bilamana perlu. Bertuah diri ini kerana dikurniakan ramai rakan yang punya hati untuk mendengar. Saya kagumi peribadi seorang rakan saya,Jia, kerana menjadi pendengar yang jujur. Kejujuran itu lebih baik daripada berselindung hanya untuk menyedapkan hati. Terima kasih ‘soul mate’! Moga diri ini juga punya hati yang mendengar…

"saya tak mahu Islam??"


Saya agak terkejut dengan pengakuan ikhlas pelajar saya apabila ditanya mengapa dia tidak mahu bersolat dan jawapannya “saya tak mahu Islam”. Pelajar saya tersebut merupakan kacukan India Melayu. Sekali lihat memang persis seorang yang berbangsa India. Namun saya mahu terus berbaik sangka dengannya kerana dia bukanlah pelajar yang suka membuat masalah disekolah malah suaranya pun sukar untuk saya dengar ketika dikelas. Saya melanjutkan bicara “mengapa tidak mahu Islam?” “kawan-kawan saya semua India”jawabnya ringkas tanpa rasa bersalah. Berkerut dahi saya dibuatnya malah speechless seketika. “apa salahnya berkawan dengan rakan-rakan berbangsa India dan beragama Hindu?” saya melanjutkan pertanyaan. Dia hanya terdiam. “tidak salah berkawan dengan kawan berbangsa India dan beragama Hindu, kawan Cina beragama Buddha, Kristian, atau sebagainya. Bahkan Allah jua yang jadikan kita pelbagai bangsa untuk saling mengenali”terang saya lagi. Agak sukar untuk menyelami perasaan pelajar saya tersebut dek kerana dia lebih banyak berdiam diri. “bagaimana dengan kawan-kawan Melayu?”bicara saya lagi. Dia menggeleng-gelengkan kepala seraya menjawab “saya tidak mahu berkawan dengan Melayu”. Adakah sebenarnya dia membenci Melayu lantas mahu meninggalkan Islam? Atau sebaliknya? Apabila ditanya dia pandai bersolat atau tidak, katanya ‘ya’, apabila ditanya hari raya disambut atau tidak, katanya ‘disambut’, apabila ditanya deepavali disambut atau tidak, katanya ‘tidak’. Jadi saya berpendapat pelajar saya tersebut mengalami sedikit kekeliruan. Hanya kerana rakan-rakannya berbangsa India dia turut mahu dilabelkan begitu.
Tumbuhan berfotosintesis untuk menghasilkan oksigen
Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan sepertimana dalam firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 3 “kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Kebaikan untuk diri dan semua. Sama seperti tumbuhan yang menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan oksigen untuk semua manusia, haiwan dan dirinya sendiri. Sebagai ibubapa, adik beradik, saudara mara, kawan, guru, jiran dan individu semuanya perlu bersedia memikul tanggungjawab selayaknya. Jangan hanya menuding jari ke sana ke mari namun kita sendiri tidak pernah cuba untuk membantu atau hanya menutup sebelah mata sahaja. Permasalahan umat haruslah dipandang serius. Jika itu baru seorang pelajar yang saya temui berani mengaku dengan jujur bahawa mereka tidak mahukan Islam malah mungkin ramai lagi yang diluar sana keliru dengan identiti diri dan rapuh jati dirinya. Namanya sahaja Melayu dan Islam tapi tidak sedikit pun bentuk hidupnya menggambarkan Islam. Turun ke lapangan dunia pendidik benar-benar menjadikan saya tenggelam dalam norma masyarakat. Gambaran tentang cara hidup dan budaya masyarakat amat jelas digambarkan dalam budaya sekolah. Jika sekolah tidak membudayakan membaca begitulah isi sekolah dan masyarakat setempat. Betapa sukarnya untuk mencari bahan ilmiah di kedai buku kecil mahupun besar. Jika masyarakat sekolah gemar berhibur begitu juga disekitarnya. Sambutan konsert, media hiburan, megamall amat menggalakkan. Sekolah hanya tempat menjalani peperiksaan bukan membudayakan ilmu yang diperoleh.

3 syarat untuk fotosintesis.
Guru juga salah satu pencorak dan pengadun warna budaya masyarakat terpenting. Guru berfikir, membudayakan fikir yang betul, memperbetul yang salah, menghindar yang salah, amnya mengamalkan kebaikan dimana sahaja bagi menghidupkan kehidupan yang diredhai. Namun jika kita hanya melepaskan tanggungjawab menegur anak pelajar kepada golongan pentadbir, guru disiplin, ustaz mahupun ustazah sahaja, agak sukar untuk menghasilkan corak yang bermutu. Tidak kira guru Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Bahasa Inggeris, Geografi dan sebagainya masing-masing duduk disaf perjuangan yang sama. Akhlak, sahsiah dan ilmu itu sama pentingnya. Tidak mungkin tumbuhan berjaya melakukan fotosintesis andai tiada karbon dioksida mahupun air mahupun klorofil.